Dua rumah, sebuah kereta musnah terbakar

Dua buah rumah kelas B di Jalan Masjid Jamek Jelutong, Jelutong di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Fadzil Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.28 pagi lalu terus bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kebakaran melibatkan dua buah rumah yang mempunyai keluasan 20×60 kaki persegi dan sebuah kereta Proton Wira.

“Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran pada kedua-dua rumah tersebut adalah 90 peratus manakala 60 peratus pada kereta. Bagaimanapun tiada mangsa terlibat.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 10.53 pagi dan kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan. Operasi turut dibantu BBP Lebuh Pantai, Bayan Baru dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berdekatan,” katanya ketika dihubungi tadi.

Tambahnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here