Nguyen Thi Dinh, nenek berusia 83 tahun dari wilayah Ben Tre, Vietnam mendakwa berhenti memotong rambutnya ketika berusia 19 tahun sekali gus menjelaskan keadaan rambutnya yang berukuran seperti badan ular sepanjang 6 meter.
Semuanya bermula apabila Nguyen Thi Dinh, yang ketika itu berusia 19 tahun memotong rambutnya untuk kali pertama.
Selepas rambutnya dipotong dia mendakwa mengalami pening kepala yang kronik sehingga menyebabkan ibu bapanya terpaksa membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Namun biarpun selepas diberikan ubat sakit kepalanya masih tidak berkurangan.
Sakit kepalanya hilang apabila rambutnya tumbuh semula, berikutan itu dia mengambil keputusan tidak menggunting rambutnya lagi.
Apabila dia mencuci rambutnya, sakit kepala itu datang semula berikutan itu dia tidak mahu lagi mencuci rambutnya atau membenarkan rambutnya terkena air.
Rambutnya yang semakin panjang itu menyebabkan Nguyen mengalami kesukaran mengurusnya ekoran itu dia mengikatnya sehingga rambutnya yang tebal itu menyerupai badan ular.
Pada 1990, Nguyen meminta izin untuk tinggal di kuil Budha Hue Phuoc dan dia masih tinggal di situ sehingga sekarang.
Rambutnya masih tumbuh sepanjang 10 sentimeter setahun biarpun dia mungkin tidak dapat memecah rekod dunia, namun memiliki rambut sepanjang Nguyen masih dianggap sesuatu yang menakjubkan.