10 negara teratas dari segi jangkitan di dunia

LEBIH 150,000 kes positif baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam di seluruh dunia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif global kini 23.57 juta.

Data terbaharu menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 5.8 juta kes jangkitan manakala jumlah kematian pula ialah 180,576..

Ini diikuti Brazil dengan 3.6 juta kes dengan lebih 114,000 kematian.

India berada di tangga ketiga dunia merekodkan 3.1 juta kes dengan lebih 57,000 kematian.

Seterusnya, diikuti Rusia dengan lebih 956,000 kes jangkitan dengan lebih 16,000 kematian.

Berada di tangga kelima pula ialah Afrika Selatan dengan lebih 609,000 kes jangkitan dan lebih 13,000 kematian.

Berada di belakang Afrika Selatan ialah Peru dengan lebih 594,000 kes jangkitan dan lebih 27,000 kematian.

Di tangga ketujuh ialah Mexico dengan lebih 556,000 kes jangkitan dsn lebih 60,000 kematian.

Di tangga kelapan ialah Colombia dengan lebih 540,000 kes dan lebih 17,000 kematian.

Berada di tangga kesembilan dan kesepuluh masing-masingnya ialah Sepanyol dengan lebih 407,000 kes dan lebih 397,000 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here