Kajang, Jun-
Bas kilang membawa pekerja warga asing terbabas dan terbalik di Jalan P/6 Seksyen 13 Bandar Baru Bangi menyebabkan 33 orang mengalami kecederaan .
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.59 pagi dan tiba di lokasi 7.05 pagi.
Menurutnya, seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dan Bangi dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba mendapati bas kilang membawa 44 pekerja warga asing terbabas dan terbalik.
“Seramai33 orang mangsa mengalami cedera ringan dan lapan orang dari 33 orang telah di bawa ke Hospital Kajang dan Hospital Serdang.
“Manakala selebihnya diberi rawatan di lokasi kejadian sementara 11 orang lagi mangsa dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.





















