Tembak anjing dengan senapang patah, lelaki ditahan

Petaling Jaya, Okt 14.
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menembak anjing liar dengan senapang patah di Pantai, dekat Seremban semalam.

Ketua Polis Nilai, Abdul Malik Hasim berkata seorang lelaki 25 tahun membuat laporan pada 7.43 malam memaklumkan terdengar empat das tembakan ketika memancing dekat sebuah kilang pasir di Batu 9, Kampung Golai, Pantai.

Susulan itu, katanya, seorang lelaki 40 tahun ditahan pada 9.15 malam dan selaras senapang patah milik saudara suspek bersama sembilan peluru dan lima kelongsong dirampas.

“Pengadu mendapati tiga ekor anjing dipercayai ditembak lelaki berkenaan menggunakan senapang patah, dengan dua daripadanya mati, manakala seekor cedera dan lari dari kawasan tersebut,” katanya menurut Bernama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here