Wanita Didakwa Tergamak Tanam Hidup-hidup Bayi Sendiri Yang Baru Dilahirkan

Seorang wanita penduduk Desa Kala Nareh, Aceh Tengah sanggup menanamkan bayi yang baru dilahirkan olehnya.

Ketua Unit Penyiasatan Jenayah Polis Aceh Tengah, Agus Riwayanto Diputra mengatakan bahawa, tindakan itu dilakukan oleh suspek kerana panik ketika anaknya yang berusia 10 tahun hendak melaporkan kepada pihak polis.

Sebab kenapa anaknya yang berusia 10 tahun itu ingin melaporkan kepada pihak polis kerana setelah dia kembali ke rumahnya, dia melihat seorang bayi dirumahnya dan berasa pelik.

“Bayi siapakah ini”, tanya budak itu kepada ibunya. “Bayi itu adalah adik kamu”, jawab ibunya, kata Agus pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Aceh Tengah, 2 September.

Mendengar jawapan itu, bagaimanapun budak itu tidak mempercayainya, ekoran daripada itu, dia telah keluar dan mengancam akan melaporkan kepada pihak polis.

Kerana takut, suspek segera merancang untuk menguburkan bayi itu hidup-hidup.

“Suspek kemudiannya mengambil cangkul dan menggali lubang untuk mengguburkan bayi itu”, kata Agus.

Penggalian yang telah dilakukan itu mempunyai kedalaman sekitar 40 sentimeter dengan lebar sekitar 50 sentimeter dan panjangnya sekitar 30 sentimeter.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here