Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia pada 2.28 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku kira-kira 75 kilometer (km) timur dari Meulaboh, Indonesia pada kedalaman 120km.
Bagaimanapun, kejadian berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.