Selangor Fruit Valley destinasi riadah keluarga

Aktiviti pertanian dan penternakan di Selangor Fruit Valley (SFV) sesuai dijadikan pilihan keluarga untuk beriadah.

Isteri Dato’ Menteri Besar berkata keunikan kawasan seluas hampir 1,000 hektar itu juga membolehkan kanak-kanak menimba pengalaman baharu.

“Ini julung kali saya membawa anak-anak ke SFV. Mereka gembira berpeluang menyuapkan rusa makan dan memetik sayur sendiri.

“Usaha ini merapatkan hubungan kekeluargaan selain menjadi tarikan pelancong lain,” kata Datin Seri Masdiana Muhamad ketika ditemui selepas membuat lawatan ke SFV semalam.

Sementara itu, Pengurus Agro Tourism SFV Md Saad Mahsah berkata tanaman anggur di 10 rumah kaca menjadi tarikan terbaharu kawasan berkenaan.

“Kita dalam perancangan membina terusan serta penginapan bagi memudahkan pelawat bermalam di sini dan dijangka siap pada tahun hadapan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here