“Jangan Guna Minyak Masak Berkali-kali,” Dr Ini Beri Peringatan Penggunaan Minyak Masak

Bagi yang sering memasak, anda pasti pernah menggunakan minyak yang sama berkali-kali. Malah, ada juga yang masih akan menggunakannya walaupun minyak tersebut telah pun bertukar warna hitam.

Apabila diamalkan berkali-kali, ia akan memberikan kesan yang sangat buruk pada kesihatan tubuh badan.

Melalui perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad di Facebook, banyak implikasi yang akan berlaku pada tubuh apabila menggunakan minyak masak yang sama berulang kali termasuk meningkatkan risiko kanser.

Ikuti perkongsiannya ini di bawah.

Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari dua atau tiga kali untuk menggoreng.Yang terbaik menggunakannya hanya sekali.

Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.

Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang.

Selain itu dalam kajian yang pernah dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, ke atas 19 jenama minyak masak mendapati bahawa kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Oleh itu masyarakat diingatkan agar berhati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja.

Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.

Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula.

Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, masyarakat mestilah mengurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.

Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal.

Rumusannya, mana-mana minyak masak boleh digunakan selagi ada label SIRIM untuk menjamin kesihatan kita. Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodisel untuk bahan bakar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here