Pegawai nafi spekulasi Azmin, Hamzah positif Covid-19

Pegawai kepada Menteri Kanan Azmin Ali dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin menafikan khabar angin kedua-dua pemimpin ini positif Covid-19.

Dr Afif Bahardin berkata Azmin sedang menjalani kuarantin kendiri secara sukarela.

“Beliau telah diuji negatif selepas pulang dari Sabah dan sekarang menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari.

“Menteri juga merancang untuk mengambil ujian sukarela pada hari ke-13 tempoh kuarantin,” kata Afif.

Bagaimanapun, Afif menjelaskan Azmin tidak hadir mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Sabtu lalu.

Menteri di JPM Dr Zulkifli Mohamad yang hadir mesyuarat itu kemudian disahkan positif Covid-19 mendorong pihak berkuasa kesihatan melakukan jejak kontak rapat.

Sementara itu, Zulkifli Bujang, yang juga setiausaha akhbar kepada Hamzah, memberitahu menteri itu sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya di Lembah Klang selepas hadir mesyuarat MKN itu.

“Khabar angin yang mengatakan beliau (Hamzah) diuji positif adalah tidak benar,” Zulkifli Bujang.

Terdahulu hari ini, spekulasi di media sosial mendakwa dua menteri kabinet yang dikatakan Azmin dan Hamzah, diuji positif Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here