Lelaki Maut Demi Mahu Donald Trump Sembuh

Seperti yang kita tahu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah disahkan positif wabak Covid-19 beberapa minggu lepas bersama isterinya dan kini telah sembuh dari wabak itu.

Menerusi Harian Metro, ada seorang pemuda di India terlalu obses sampai sanggup berpuasa untuk memohon kesembuhan buat Donald Trump. Ada juga orang yang macam ni ya?

Buss Krishna yang dikatakan telah berpuasa sejak Trump disahkan positif itu bagaimanapun telah menerima serangan jantung dan meninggal dunia akibat perbuatannya itu. Betul sia-sia apa yang dia buat ni, memudaratkan diri sendiri jer.

Buss Krishna sedih dan buatkan dirinya tertekan apabila mengetahui Donald Trump telah dijangkiti wabak tersebut. Menurut keluarga Krishna pula, dia sanggup tak tidur beberapa hari dan terlalu taksub mendoakan Trump.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here