Penjara Kepayan, kuarters Kampung Matambai di Sabah dikenakan PKPD

Penjara Kepayan dan kuarters kakitangan Kampung Matambai di Kota Kinabalu, Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) mulai 20 Oktober hingga 2 November ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan membabitkan 3,511 penduduk termasuk banduan dan staf penjara berikutan peningkatan kes Covid-19 di lokasi itu.

“PKPD ini membolehkan pergerakan keluar masuk di kawasan tersebut dapat dikawal dan memudahkan pelaksanaan saringan Covid-19 dilaksanakan.

“Bekalan keperluan makanan akan diagihkan Kerajaan Sabah yang akan dikoordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri,” katanya pada sidang media secara maya semalam.

Beliau menambah tatacara operasi piawai (SOP) dilaksanakan di penjara buat masa ini mengikut garis panduan dibentangkan Jabatan Penjara.

Katanya, banduan akan ditempatkan di pusat transit terlebih dahulu selama 14 hari selepas menjalani saringan dan dipindahkan ke penjara sekiranya keputusan negatif.

“Di penjara mereka akan diasingkan di bilik khas selama lima hari bagi memastikan hanya kes negatif ditempatkan dalam penjara manakala banduan positif akan segera dihantar ke hospital untuk rawatan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here