Ops Samseng: 42 tolak motosikal satu jam ke balai

Bukan setakat disaman, seramai 42 penunggang motosikal terpaksa menolak kenderaan mereka selama satu jam ke Balai Polis Batu Kurau di sini semalam.

Mereka semua ditahan dalam Op Samseng Jalanan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping bermula jam 5 petang sehingga 10 malam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, dalam operasi itu sebanyak 98 motosikal diperiksa.

“Daripada pemeriksaan itu, 42 motosikal disita dan dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan lanjut, namun tiada sebarang tangkapan dibuat,” katanya.

Menurutnya, dalam operasi sama sebanyak 134 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen, cermin sisi, nombor pendaftaran dan topi tidak mengikut spesifikasi dibenarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here