Pengemis-Usahawan Ini Jana RM56K Sebulan, Ada 3 Isteri & Masih Mengemis Untuk Isi Masa Lapang

Dalam kehidupan kita di dunia ini, setiap orang berhak untuk mengubah nasib mereka dan menikmati hasil daripada penat lelah mereka.

Ini termasuk walaupun seorang pengemis.

Ini ialah Chhotu Baraik, seorang pengemis yang berasal dari India. Dia bukan pengemis yang biasa. Malah diiktiraf sebagai pengemis paling berjaya di India dan dia sudah memiliki rumah serta 3 orang isteri.

Chhotu Baraik disahkan orang kelainan upaya dan cacat secara fizikal.

Chhotu Baraik berasal dari Chakradharpur, India. Kecacatan pada kaki memaksanya menjadi pengemis di kawasannya setiap hari.

Chhotu Baraik mendedahkan kecacatannya benar benar membuatkannya sukar dan menangisi hidupnya.

Namun akhirnya dia memutuskan untuk mengubah nasibnya. Chhotu Baraik mahu berbeza daripada pengemis lain yang hanya meraih wang sedikit dan untuk cukup makan.

Dapat tak dia buat? Ya dapat, dia mulai mengatur beberapa strategi dan menguatkan lagi usahanya. Dia mulai meraih sekitar RM1,600 sehingga RM1,800 sehari.

Sudah bosan dengan kehidupan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, Chhotu Baraik telah berusaha untuk menyimpan wang hasil dia mengemis.

Mencari kawasan yang strategik untuk dia mendapatkan lebih wang. Dia mensasarkan kawasan di hentian bas ataupun stesen keretapi.

Dengan wang simpanannya, dia mulai melaburkan wang itu dalam perniagaan kerana dia mahu mendapatkan pendapatan berlipat kali ganda.

Selepas itu dia mulai membuka beberapa kedai. Dia terusmengemis pada waktu pagi dan berniaga pada waktu malam.

Kemudian dia mempunyai wang yang cukup untuk menubuhkan kedai yang menjual dan mengedar produk kesihatan yang terkemuka di India.

Nasibnya benar benar berubah. Dia kini menjadi pengemis-usahawan. Karier yang sangat rare.

Pada 2018, Timesnow India melaporkan Chhotu memiliki 20 orang pekerja. Dia menubuhkan syarikat bernama Vestige.

Keuntungan daripada 20 kedai ini dalam purata RM56,000 sebulan.

Tetapi uniknya, siapa sangka Chhotu masih ingin terus meminta-minta padanya walaupun dia sekarang sudah kaya.

Pada waktu pagi dia meminta wang di jalan raya dan pada waktu malam menjalankan perniagaan lengkap dengan memakai pakaian segak dan sebagainya.

Jangan terkejut dulu, kerana masih ada perkara yang tidak dijangka dari pengemis kaya ini. Walaupun dia mempunyai batasan fizikal, kejayaannya nampaknya memberi kelebihan buatnya. Oleh itu, dia bahkan sudah berkahwin dan mempunyai tiga isteri yang bersedia menemaninya

Namun, hidup dalam poligami tentunya tidak mudah, oleh itu Chhotu mempunyai cara tersendiri untuk mengelakkan isterinya bertengkar.

Isteri pertamanya menjalankan perniagaan perabot, sementara kedua isteri yang lain diberi wang dari pengemis dan pendapatan pemasaran dibahagi sama rata. Taktik pengurusan rumah tangga dia cukup berjaya sehingga tidak ada halangan dalam menguruskan rumah tangga sekarang.

Chhotu memberikan pendapatan tetap kepada kesemua isterinya.

Chhotu mungkin dikatakan salah seorang dari mereka yang gigih dan menongkah stereotaip tentang pengemis.

Dengan kerja kerasnya dia dapat terus membangunkan bisnes. Hasilnya, dia menjadi usahawan berjaya seperti sekarang.

Walaupun ia menjadi persoalan mengapa ia masih mengemis, kegigihannya tetap terpuji. Sudah tentunya bisnes adalah keutamaan sekarang dan mengemis adalah part time ataupun untuk mengisi masa lapang. Mungkin lepas dapat RM1 juta baru dia berhenti mengemis kot.

Tetapi masih tak faham, kenapa dia masih menjadi pengemis?

Ada juga yang mempertikaikan dari segi etika, apa keperluan Chhotu untuk terus mengemis dengan wang yang dia ada?

Namun ada juga yang berkata, tak semua orang kaya sanggup mengemis. Lagipun Chhotu memang OKU dan dia seorang pengemis sejak dari dulu.

Ianya kekal menjadi polemik tetapi Chhotu akan meneruskan kariernya mengemis dan berniaga selagi dia boleh melakukannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here