MBSA sedia 275 tong RORO sempena Deepavali

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan 275 tong ‘Roll On Roll Off’ (RORO) bagi memudahkan orang ramai membuang sampah pukal sempena sambutan Deepavali.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata tong bersaiz tiga tan berkenaan diletakkan berperingkat di sekitar Shah Alam iaitu di Seksyen 1 hingga 36 dan Seksyen U1 hingga U20 secara percuma bermula 2 hingga 22 November hadapan.

“Tujuan pelaksanaan perkhidmatan tong ini adalah untuk memberikan kemudahan kepada penduduk melaksanakan aktiviti gotong royong secara persendirian di setiap kediaman masing-masing.

“Selain itu, penyediaannya juga bertujuan memberikan didikan kepada warga Shah Alam tentang pengurusan sampah pukal dengan cara yang betul,” kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan.

Beliau berharap penduduk memberikan kerjasama dengan meletakkan sampah berkaitan di dalam tong RORO disediakan bagi memudahkan pihak kontraktor membuat kutipan dan menjaga kawasan sekitar supaya berada dalam keadaan bersih.

Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO boleh hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBSA di talian 03-5510 5133 sambungan 1316.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here