Lebih 200 anjing di Kampung Engkilo divaksin

Lebih 200 anjing diberi vaksin semalam dalam usaha untuk mencegah penyebaran dan jangkitan virus tersebut yang telah membunuh 27 mangsa sejak wabak rabies diisytiharkan di Sarawak pada 31 Julai 2017.

Dengan kerjasama antara Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) dengan JKKK Sungai Sadit dan JKKK Tanjung Maling di Kampung Engkilo, pemilik anjing segera bertindak balas terhadap kempen tersebut semalam.

Pengerusi JKKK Sg Sadit Wong Ung berkata, vaksinasi bermula pada jam 9 pagi hingga jam 3 petang.

Wong berkata, komuniti dan DVSS akan mengadakan lebih banyak perkhidmatan sedemikian di sini.

Berikutan vaksinasi di venue tersebut semalam, kempen bergerak diteruskan ke SJKC Ting Sing di Sungai Bidut hari ini (untuk menawarkan perkhidmatan serupa kepada pemilik anjing di sana.

Beliau mengatakan beliau berada di venue itu semalam untuk memantau program itu bersama Kapitan Fung Tat Shen, Kapitan Lee Hui Shin dan Kevin Lau, anak Temenggung Datuk Vincent Lau, yang secara aktif mempromosikan kempen keselamatan kesihatan awam di Sibu.

Kempen semalam telah tiba pada waktunya kerana kebimbangan jangkitan meningkat setelah seorang wanita berusia 34 tahun di sini menjadi mangsa terbaharu yang meninggal dunia akibat rabies.

Menurut laporan berita The Borneo Post pada 22 Oktober lalu, mangsa yang digigit anjing yang dijangkiti rabies dimasukkan ke Hospital Sibu pada 12 Oktober lalu kerana lemah pada kedua-dua kakinya selama lima hari.

Mangsa meninggal dunia pada 18 Oktober lalu jam 11.30 pagi dan disahkan menghidap Ensefalitis rabies.

Dia disahkan dijangkiti virus rabies melalui ujian makmal yang dilakukan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 19 Oktober lalu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau, siasatan mendapati kawasan tempat tinggal mangsa adalah tempat pelupusan sampah di mana terdapat banyak anjing berkeliaran bebas.

Dr Noor Hisham mengata-kan mangsa telah digigit anjing peliharaannya akhir 2018 dan tidak mendapatkan rawatan perubatan.

Haiwan peliharaan itu berkeliaran bebas dan bercampur dengan haiwan lain, malah tidak pernah diberi vaksinasi antirabies, tambahnya.

Dr Noor Hisham mengatakan haiwan tersebut dibuang orang awam setelah ia menggigit individu lain.

Bagaimanapun, tidak ada sampel yang dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak untuk pengesahan jangkitan rabies pada anjing berkenaan, tambahnya.

Beliau berkata, kes rabies itu adalah yang terbaharu menjadikan jumlah kes itu menjadi empat di Sarawak tahun ini.

Sementara itu disebabkan kes rabies masih dikesan di sini, Vincent Lau mengatakan Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan terus menangkap anjing liar yang berkeliaran di jalanan untuk mengekang penyebaran virus.

Beliau mendesak pemilik untuk memohon lesen untuk anjing mereka dan mengurung haiwan peliharaan mereka di dalam kawasan rumah serta tidak membiarkan mereka berkeliaran di jalanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here