Betul Ke Makan Mi Segera Bahaya Untuk Kesihatan?

Siapa yang tidak pernah menikmati mi segera dalam kehidupan harian? Walaupun kebanyakkan dari kita menyedari keburukan atau kesan sampingan terhadap kesihatan badan, namun masih ramai yang tetap mengambilnya dalam jadual pemakanan.

Mi segera menjadi salah satu makanan kegemaran masyarakat kerana harganya yang berpatutan dan mudah untuk disediakan. Berikutan dengan arus pemodenan yang semakin maju dan pantas, kita juga terbiasa dengan makanan yang menjimatkan tenaga serta pergerakan kita. Namun begitu, adakah anda sedar hirupan atau sedupan mi segera yang dimakan memberi risiko terhadap diri anda?

Ikuti penulisan Hello Doktor di bawah:

Siapa yang tak pernah makan mi segera, kan? Meskipun sudah ramai yang tahu akibatnya pada masalah kesihatan, namun masih ramai yang melakukannya. Tapi benarkah mi segera tidak bagus?

Mi segeramakanan mudah disediakan

Dalam kehidupan serba pantas masa kini, kita sudah terbiasa dengan makanan sejuk beku, segera atau mudah dimasak dalam tempoh kurang 5 minit, seperti instant noodle atau mi segera.

Salah satu tarikan utama makanan ini adalah kerana harganya yang murah dan mudah untuk disediakan.

Menurut World Instant Noodle Association, pada tahun 2015, China, Indonesia dan Jepun merupakan antara negara pengguna makanan segera yang tertinggi.

Malangnya, setiap hirupan dan sedutan mi segera yang kita makan di pejabat atau rumah, bahkan turut dikongsikan bersama anak ini sebenarnya berisiko mengundang masalah kesihatan.

Apa sebenarnya mi segera ini?

Ia merupakan sejenis mi yang sudah dimasak, biasanya dijual dalam paket individu atau cawan mahupun mangkuk.

Bahan biasa dalam mi segera ini termasuklah tepung, garam dan minyak sawit.

Manakala paket perasanya pula mengandungi garam, perasa dan monosodium glutamat (MSG).

Setiap bungkusan mengandungi mi kering serta sebungkus perasa dan/ atau minyak.

Kebanyakan mi ini adalah rendah kalori dan protein, serta tinggi lemak, karbohidrat, natrium dan beberapa mikronutrien.

Kandungan MSG punca masalah kesihatan

Seperti yang dinyatakan tadi, mi segera mengandungi bahan dikenali sebagai MSG.

Ia adalah bahan tambahan makanan yang biasa digunakan untuk meningkatkan rasa pada makanan diproses.

MSG juga boleh dijumpai secara semula jadi dalam protein sayuran yang dihidrolisis, ekstrak yis dan soya, tomato serta keju.

Beberapa kajian telah menghubungkan penggunaan MSG yang sangat tinggi dengan kenaikan berat badan, bahkan peningkatan tekanan darah, sakit kepala dan loya.

Penyelidikan juga menunjukkan monosodium glutamat boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan otak.

Berdasarkan satu kajian tabung uji mendapati MSG boleh menyebabkan pembengkakan dan kematian sel-sel otak yang matang.

Ada sesetengah individu mungkin mempunyai masalah kesihatan seperti kepekaan (sensitif) terhadap MSG dan harus mengehadkan pengambilannya.

Keadaan ini dikenali sebagai simptom kompleks MSG.

Mereka yang mengalami keadaan itu mungkin berdepan gejala seperti sakit kepala, kekejangan otot, kebas dan kesemutan.

Tinggi kandungan sodium

Sodium adalah nama lain bagi natrium atau garam.

Satu hidangan mi segera ini mengandungi 861 miligram (mg) sodium.

Walau bagaimanapun, jika anda makan keseluruhan paket individu, jumlah sodium meningkat menjadi 1,722 mg.

Terdapat bukti menunjukkan bahawa pengambilan natrium yang tinggi mungkin memberi kesan negatif kepada individu dengan kepekaan terhadap garam.

Mereka ini lebih terdedah kepada kesan sodium, dan pengambilan bahan ini dalam jumlah tinggi boleh mengakibatkan peningkatan tekanan darah.

Kajian menunjukkan bahawa mengurangkan pengambilan natrium bermanfaat bagi mereka yang sensitif terhadap garam.

Kualiti diet tidak sihat

Beberapa penyelidikan mendapati bahawa pengambilan instant noodle ini secara berkala mungkin dikaitkan dengan kualiti diet pemakanan keseluruhan yang buruk.

Sememangnya penggemar makanan mi ini mengalami peningkatan pengambilan beberapa mikronutrien terpilih.

Pun begitu, dalam masa yang sama mereka mengalami penurunan pengambilan protein, kalsium, vitamin C, fosforus, zat besi, niasin dan vitamin A secara signifikan.

Masih ingin makan mi segera?

Tidak dinafikan, sukar untuk menolak pengambilan makanan ini, kan? Apatah lagi bagi penuntut di peringkat pengajian tinggi.

Ini kerana ia merupakan makanan paling mudah untuk disediakan, lebih-lebih lagi saat kesempitan wang saku.

Sekiranya sekali-sekala anda ingin menikmati secawan mi ini, ada cara untuk menjadikannya lebih sihat.

Sebagai contoh, anda disarankan untuk memilih mi yang diperbuat daripada bijirin. Ia dapat meningkatkan pengambilan serat, sekali gus membuatkan anda berasa kenyang.

Anda juga boleh menggunakan instant noodle sebagai asas dan menambahkan beberapa bahan sihat untuk menjadikannya sebagai makanan yang lebih lengkap.

Tambahkan ke dalam mi anda pelbagai jenis sayur-sayuran dan sumber protein yang baik untuk meningkatkan profil pemakanan makanan segera ini.

Cara terbaik memasak mi 

Selain daripada menambah sayur-sayuran dan protein ke dalam mi bagi menjadikannya makanan sihat, cara memasak yang betul juga penting untuk diamalkan.

Nak tahu bagaimana caranya?

  • Pertama sekali, rebus mi seperti biasa di dalam periuk berisi air
  • Kemudian, apabila mi sudah masak, buang air rebusan dan toskan mi. Ia perlu dilakukan kerana air tersebut telah pun mengandungi bahan pengawet daripada mi
  • Jika mi yang ingin dimakan adalah jenis bersup, maka rebuskan seperiuk air dalam bekas lain sehingga mendidih. Masukkan mi dan matikan api
  • Selepas api dimatikan dan air masih panas, masukkan serbuk perasa ke dalam periuk tersebut. Kacau rata dan sedia untuk dinikmati
  • Sekiranya mi anda adalah jenis bergoreng, toskan mi. Letakkan mi yang ditos di atas pinggan dan taburkan serbuk perisa. Sedia untuk dimakan

Kesimpulannya 

Jika mi segera diambil secara sederhana dan berpada-pada, risiko untuk mengalami masalah kesihatan adalah rendah.

Selain itu, anda boleh menjadikannya sebagai pilihan yang  lebih sihat dan seimbang dengan menambah protein serta pelbagai sayuran kegemaran dalam hidangan mi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here