Kerajaan Kedah gagal pelihara Galeri Sejarah

Kerajaan negeri Kedah maupun kerajaan Pusat didesak supaya mengambil tanggungjawab serius terhadap tempat-tempat sejarah khususnya yang melibatkan perjuangan memerdekakan Tanah Melayu sepertimana Galeri Putra di Baling, Kedah.

Menurut Pengerusi Utara Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), Azizan Salleh yang membuat tinjauan ke lokasi Galeri Putra semalam mendapati banyak bahan- bahan sejarah seperti gambar-gambar dan peralatan yang digunakan dalam pertemuan Tunku Abdul Rahman dengan pimpinan Parti Komunis Malaya (PKM) termasuk Chin Peng pada tahun 1955 tidak dijaga dan dipelihara dengan baik.

“GMPN kecewa kerana tempat pertemuan bersejarah antara Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng dan lain-lain pimpinan yang berbincang supaya PKM meletakkan senjata dan taat kepada negara dan Raja telah ditolak oleh Chin Peng dan anggota PKM serta masuk semula ke dalam hutan dan menentang kerajaan Malaya sehingga berakhirnya perjanjian perletakan senjata di Hatyai pada tahun 1989.

“Kami mendesak kerajaan negeri Kedah dan juga Pusat supaya segera membaiki galeri tersebut dengan menyusun semula sebagaimana bentuk asal dalam dan luar serta ketika darurat apabila tentera British dan negara ini menentang PKM.

“Bahan sejarah yang amat berharga tersebut juga didapati tidak dijaga dengan baik sehinggakan memberi imej buruk kepada pihak yang menguruskan galeri tersebut di Sekolah Kebangsaan Tunku Putera, Baling,” ujar beliau.

Tambah Azizan lagi, galeri tersebut amat bersejarah kerana ia juga merupakan bangunan dan lokasi untuk bermalam pada 28 Disember 1955 oleh Chin Peng, Rashid Maidin dan Chin Tien semasa rundingan berlangsung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here