Polis tahan 6 remaja lelaki bergaduh

Seramai enam individu lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam insiden pergaduhan bersenjata di hadapan sebuah hotel di Jalan Tun Abang Haji Openg, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata, kejadian sekitar jam 11.50 pagi itu melibatkan dua sekumpulan remaja bergaduh dipercayai berpunca akibat perselisihan faham.

“Pada jam 12.10 tengah hari, pasukan operasi berjaya menahan empat suspek lelaki di lokasi kejadian, manakala dua lagi lelaki lain turut ditahan setelah mereka menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dedah Awang Din, kesemua suspek yang ditahan masing-masing berusia 17 hingga 19 tahun.

Tegasnya, polis masih dalam tindakan mengesan beberapa orang lagi beberapa individu iaitu rakan-rakan kumpulan itu yang masih bebas.

Justeru katanya, mereka yang masih bebas diminta untuk menyerahkan diri.

Ujarnya, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here