Amerika Syarikat kenakan larangan perjalanan terhadap Afrika Selatan

Presiden Joe Biden akan mengenakan larangan ke atas kebanyakan bukan warganegara Amerika Syarikat yang baru-baru ini telah melawati Afrika Selatan daripada memasuki negara itu bagi mengekang penyebaran varian baharu COVID-19 berkuat kuasa Sabtu, pegawai kanan Kementerian Kesihatan AS beritahu Reuters.

Biden turut mengeluarkan larangan masuk ke atas hampir semua pelancong bukan warga Amerika Syarikat yang pernah berada di Brazil, United Kingdom, Ireland dan 26 negara di Eropah yang membenarkan perjalanan merentasi sempadan negara.

Timbalan Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Dr Anne Schuchat berkata, pihaknya menambah Afrika Selatan ke dalam senarai larangan kerana varian yang membimbangkan menular di negara itu.

Pada 18 Januari, Bekas Presiden Donald Trump mengarahkan sekatan ke atas Brazil dan Eropah dimansuhkan berkuat kuasa Selasa.

Bagaimanapun, ia tidak terpakai dengan pengumuman Biden itu.

Biden, yang ambil alih pentadbiran di White House 20 Januari lepas, mengambil pendekatan agresif untuk memerangi penyebaran virus COVID-19, setelah Trump menolak mandat yang diminta oleh Agensi Kesihatan Amerika Syarikat.

Beberapa pegawai kesihatan khuatir vaksin semasa tidak begitu efektif terhadap varian Afrika Selatan, selain meningkatkan prospek jangkitan semula.

Varian Afrika Selatan, yang juga dikenali sebagai varian 501Y.V2, mempunyai kadar jangkitan 50 peratus lebih cepat dan ia dikesan di sekurang-kurangnya 20 buah negara di dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here