Jalan utama Kampung Mawang Taup ditutup

Jalan utama ke Kampung Mawang Taup terputus akibat kejadian tanah runtuh di sini, semalam.

Menurut Ketua Kaum kampung Aud Ang, kejadian berlaku sekitar jam 2 petang itu menyebabkan laluan terbabit gagal digunakan untuk memasuki dan keluar daripada kampung buat sementara waktu.

Beliau turut menjejaskan insiden tersebut sekali gus menjejaskan seramai 135 buah keluarga dan sebuah sekolah rendah dan satu sekolah tadika terjejas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak yang mengesahkan kejadian berkata tindakan pemantauan awal telah dilakukan oleh sepasukan anggota Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Serian susulan mendapat laporan berhubung kejadian pada jam 4.16 petang.

Tambahnya, pihak operasi turut memasang sawar-sawar sebagai penanda amaran agar pengguna jalan tersebut serta memberi khidmat nasihat kepada penduduk agar berhati-hati bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Turut hadir di lokasi, Ahli Parlimen Serian Datuk Sri Richard Riot Jaem bagi meninjau keadaan semasa kejadian terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here