Itu adalah memoir peribadi, tiada siapa berhak haramkan – Rafizah

Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz berpendirian tulisan memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berjudul My Story: Justice in the Wilderness adalah pandangan peribadi beliau.

Menurut beliau, tiada pihak yang berhak untuk mengharamkan buku berkenaan atau memaksa melihat sesuatu itu mengikut sudut pandang pembaca, penganalisis atau pengulas

Beliau berkata, setiap orang mempunyai pandangan berbeza termasuk Tommy namun, itu tidak memberi seseorang itu hak untuk mengharamkan buku berkenaan.

“Penting untuk diingat bahawa setiap orang yang menulis memoir peribadinya, tidak boleh dipaksa untuk melihat sesuatu dari sudut pandang pembaca, penganalisis atau pengulas.

“Seseorang tidak seharusnya menghukum penulis hanya kerana tidak menyukai mesej itu kerana berbeza dengan pandangan atau persepsi mereka,” katanya melalui hantaran di Facebook miliknya pada Selasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here