Selangor Mencatatkan Kes Influenza Kalangan Pelajar Tertinggi

KUALA LUMPUR –
Kes wabak influenza melibatkan pelajar sekolah terus menyaksikan peningkatan hari ini dengan bilangan tertinggi kes 717 dicatatkan di Selangor. Di SELANGOR, Pengarah Pendidikan Negeri (JPN) Dr Mahanom Mat Sam yang mengesahkan jumlah itu berkata jangkitan tersebut direkodkan di 248 sekolah membabitkan 10 daerah setakat hari ini. Beliau berkata daerah yang mencatatkan kes tertinggi adalah Petaling Perdana dengan 185 kes diikuti Klang (143), Petaling Utama (102) dan Sepang (84).

“Kesemua kes yang dilaporkan telah menerima rawatan di klinik dan hospital berhampiran dan pelajar dilaporkan stabil.

“Mereka yang menerima rawatan di wad dan dipantau hospital, juga telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selain diberi cuti rehat selama tiga ke tujuh hari,” katanya dan menambah buat masa ini tiada kelas dan sekolah ditutup di negeri itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here