Tiada Lagi SMS TAC Untuk Transaksi RM5,000 Ke Atas, Maybank Perkenalkan Secure2u

Mulai hari ini pengguna Maybank tidak akan mengalami masalah lagi dengan sistem TAC kerana Maybank telah memeprkenalkan Secure2u yang lebih canggih dan mudah.

Menerusi laman Twitter Maybank berkata mulai hari ini pelanggan boleh menggunakan Secure2u untuk sebarang transaksi RM 5,000 dan ke atas. Ya, tak perlu menunggu mesej TAC lagi. Klik menu untuk daftar sekarang.

Jom ikuti langkah mudah untuk daftar ‘Secure2u’ ini.

1. Muat turun aplikasi Maybank2u terlebih dahulu. 

2. Klik Secure2u

Pilih bahagian kanan menu.

3. Baca info – Akan diterangkan apa itu Secure2u kepada anda

4. Info tambahan tutorial

5. Log in Maybank2u

6. Confirm nombor telefon anda

Nombor yang sama digunakan dengan TAC mesej.

7. Tunggu SMS One Time Password

8. Masukkan nombor pin yang diterima

9. Isi butiran seperti nombor kad pengenalan

10. Klik submit dan selesai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here