Tiket Final Piala Dunia Qatar berharga RM236,436

FIFA kini menjual tiket Final Piala Dunia Qatar 2022 pada harga mencecah 42,000 pound bersamaan RM236,436 bagi tontonan di Stadium Lusail, Qatar, termasuk pakej hospitaliti  (makanan, minuman, arak, kunjungan ke padang).

Pakej berkenaan turut membenarkan peminat menghadiri perlawanan separuh akhir dan penentuan tempat ketiga.

MATCH Hospitality, pemegang hak eksklusif hospitaliti Piala Dunia Qatar 2022 yang juga firma rakan kongsi rasmi FIFA menawarkan pakej berkenaan, memberi amaran agar peminat tidak berurusan dengan pihak ketiga.

Piala Dunia Qatar 2022 bermula 21 November 2022 dan berakhir pada 18 Disember.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here