Kuala Lumpur, Nov-
Penumpuan angin timuran diramalkan berlaku di timur Semenanjung, mulai esok hingga Khamis minggu depan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran melalui laman X rasminya berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan analisis model-model cuaca.
Menurutnya, keadaan cuaca itu akan menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh lebih panjang di kawasan terjejas.
“Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web: www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.