Hanya perniagaan runcit dan keperluan makanan dibenar beroperasi sehingga tengah malam

Hanya premis yang menjalankan perniagaan runcit dan keperluan makanan sahaja dibenarkan beroperasi sehingga 12 tengah malam, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

JPBNS berkata bagaimanapun bagi premis hibrid (makanan dan hiburan), hanya operasi makanan dibenarkan sehingga jam 12 tengah malam.

“Manakala aktiviti hiburan hendaklah diberhentikan pada jam 10 malam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, kata jawatankuasa pihak polis telah mengeluarkan sebanyak satu kompaun di daerah Kota Samarahan kerana  melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Manakala, ujarnya Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah mengeluarkan satu kompaun di bawah seliaan Majlis Perbandaran Sibu.

Berhubung status daerah COVID-19, jawatankuasa berkata, hari ini daerah Saratok telah bertukar status daripada status jingga kepada status merah setelah merekodkan hanya sejumlah 61 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. 

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus merah telah meningkat kepada 15 daerah. 

“Manakala empat daerah berstatus jingga, 16 daerah kekal berstatus kuning dan lima daerah kekal berstatus hijau,” katanya.

Antara daerah masih berstatus hijau, Telang Usan, Lundu, Pusa, Simunjan dan Kabong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here