PERSELISIHAN FAHAM MEMBAWA MAUT RAKAN SEKERJA

Seremban, Jul 22-

Perselisihan faham dikenal pasti menjadi punca seorang lelaki warga Bangladesh bertindak membunuh rakan sekerjanya sebelum menanam mangsa di tempat tinggal mereka di tapak pembinaan sebuah rumah banglo, di Taman Mutiara Galla, di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata kejadian pembunuhan membabitkan mangsa berusia 30 tahun itu berlaku pada 13 Julai lalu.

Katanya, majikan mereka mengesyaki sesuatu berlaku kepada mangsa yang sudah lama tidak kelihatan sebelum membuat soal siasat.

“Polis menerima laporan daripada majikan mereka mengenai kejadian ini pada jam 6.30 petang semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here