Speaker Dewan Negara, Rakyat cadang PM buat sidang khas Parlimen sebelum 1 Ogos

Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim berkata pihaknya mencadangkan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin agar satu sidang khas Parlimen diadakan sebelum Ogos 2021.

Cadangan itu susulan mereka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah di Istana Negara, semalam.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Azhar dan Rais berkata dalam sesi menghadap semalam, Sultan Abdullah menitahkan yang sidang Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos ini.

“Kedua-dua Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat serta Timbalan-timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan telah menyatakan komitmen dan kesediaan penuh Parlimen untuk mengadakan persidangan Parlimen seperti yang dititahkan.

“Titah (Agong) pada majlis menghadap tersebut juga telah dimaklumkan kepada perdana menteri dan dicadangkan kepadanya agar satu persidangan khas diadakan sebelum 1 Ogos 2021, mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” kata mereka.

Selain Azhar dan Rais, turut serta dalam sesi menghadap semalam adalah Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Mohamad Ali Mohamad serta kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon dan Azalina Othman Said.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook Istana Negara berkata dalam pertemuan sejam itu, Agong antara lain menzahirkan pandangan bahawa sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin dengan mengikut prosedur operasi standard Covid-19.

Sidang itu bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang telah dikeluarkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here