Hapus fi RM1- NUBE sasar kutip sejuta tandatangan

Shah Alam, Dis-
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) menyasarkan untuk mengumpul sejuta tandatangan sebagai gesaan kepada kerajaan agar menghapuskan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Ia merupakan antara inisiatif kempen anjuran NUBE bagi meningkatkan kesedaran dan membangkitkan sokongan orang ramai berhubung isu bayaran fi berkenaan.

Setiausaha Agungnya, J. Solomon berkata, tandatangan itu akan disampaikan kepada Kementerian Kewangan sekali gus menunjukkan kesan yuran tersebut kepada masyarakat golongan berpendapatan rendah.

“Walaupun RM1 mungkin tidak kelihatan besar bagi sesetengah orang, namun jumlah itu bertambah dari masa ke masa dan ini membebankan golongan berpendapatan rendah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here