Lelaki pandu melulu, langgar MPV polis diburu

Polis memburu seorang lelaki yang memandu keretanya secara melulu dan melanggar kereta peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Subang Jaya di Subang Jaya, malam tadi. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Abd Khalid Othman berkata dalam kejadian 7.25 malam itu, suspek yang menaiki Proton Iswara Aeroback diarah berhenti untuk pemeriksaan oleh anggota peronda, selepas didapati memandu dalam keadaan mencurigakan di sekitar Jalan PJS 7/19, Bandar Sunway.

Khalid berkata, siasatan awal mendapati kenderaan digunakan suspek dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras pada 21 Jun lalu. Susulan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Seksyen 188 kanun sama kerana mengingkari perintah penjawat awam serta Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara melulu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here