Covid-19- Hari ini 10,710 kes baru

Kementerian Kesihatan (KIKM) hari ini memaklumkan sebanyak 10,710 kes baru Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu. Selangor terus menjadi negeri yang mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 4,828 kes.

Sementara itu Johor mencatatkan kenaikan ketara apabila sebanyak 808 kes baru dilaporkan, yang tertinggi sejak Februari lalu.

Kes baru di negeri itu menunjukkan trend peningkatan sejak 28 hari yang lalu. Selain itu, Kedah juga menunjukkan peningkatan serupa. Bagaimanapun Negeri Sembilan mencatatkan penurunan sedikit apabila sebanyak 771 kes baru dilaporkan berbanding lima hari sebelum ini yang mencatatkan empat angka.

Selangor (4,828), Kuala Lumpur (945),Johor (808), Negeri Sembilan (771), Kedah (696), Sabah (666), Perak (407), Pahang (369), Pulau Pinang (295), Melaka (289),
Sarawak (261), Kelantan (146),Terengganu (123), Putrajaya (51), Labuan (50),      Perlis (5)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here