COVID-19: KES BAHARU MENCATAT 10,972

Putrajaya, Jul 19-

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 10,972 kes positif COVID-19 baharu, setakat tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah keseluruhan kes COVID-19 negara ialah 927,533 kes.

Beliau yang berkongsikan ringkasan melalui media sosial, berkata Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dengan 4,404 kes, diikuti Negeri Sembilan dengan 1,340 kes; Johor (876); Kedah (705); Sabah (651) dan Kuala Lumpur (609).

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here