LELAKI DITAHAN AKIBAT ENGGAN BEKERJASAMA DAN MEMBUAT PROVOKASI ATAS KESALAHAN TIDAK MEMATUHI SOP

Seorang lelaki warganegara tempatan yang enggan memberikan kerjasama dan membuat provokasi ditahan semalam di sebuah apartment di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

Lelaki yang berusia 29 mempertikaikan tindakan polis yang sedang mengeluarkan kompaun terhadapnya atas kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika berada di sebuah stesen minyak. Pada 20 Julai 2021, jam lebih kurang 1.50 tengah hari, telah tular satu video di akaun media sosial facebook info jenayah terkini yang dikongsi daripada akaun facebook individu lain yang berdurasi 15 minit 42 saat.

Lelaki tersebut juga telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis yang bertugas dan mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam.

Pada hari yang sama pada jam 9.17 malam polis Petaling Jaya telah menerima satu laporan polis oleh lelaki warganegara tempatan berumur 38 tahun mengenai penularan rakaman video pada tarikh 19 Julai jam lebih kurang 12.30 tengahari di sebuah stesen minyak yang terletak di kawasan Sri Damansara, Petaling Jaya.

Sejurus dengan itu, semalam jam 10.00 malam, sepasukan polis dari IPD Petaling Jaya telah menangkap lelaki yang membuat satu rakaman video secara langsung di laman sosial media facebook sewaktu penahanan.

2 kes telah disiasat di bawah seksyen 186 kanun keseksaan kerana enggan memberikan kerjasama kepada pihak polis semasa menjalankan tugas, seksyen 504 kanun keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan anggota polis dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, seksyen 505 (b) kanun keseksaan kerana telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam, seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia Malaysia kerana telah menularkan rakaman tersebut ke laman media sosial dan seksyen 14 akta kesalahan kecil kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

Polis petaling jaya menasihatkan kepada semua masyarakat agar sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya kepada pegawai polis yang menjalankan tugas di lapangan dan harus mematuhi sop covid-19 pelan pemulihan negara (ppn) fasa 1 yang dilaksanakan oleh majlis keselamatan negara (mkn). orang ramai diingatkan agar tidak membuat spekulasi berhubung video yang tular tersebut kerana ianya boleh mengundang pelbagai isu yang boleh menggugat ketenteraman awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here