DOKTOR PAKAR  M SASIKUMAR MENDIANG

Sungai Petani, Ogos 5-

Kematian seorang doktor pakar lelaki M Sasikumar  disahkan bukan akibat COVID-19, sebaliknya berpunca daripada serangan jantung.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abd Rahman, berkata, doktor berkenan rebah di hadapan rumahnya sebaik pulang ke rumah di Jalan Pengkalan Lebai Man, di sini, jam 8 malam tadi.

Katanya, Dr M Sasikumar, 37, dikejarkan ke hospital dan diberikan bantuan pernafasan, namun mangsa gagal diselamatkan kakitangan perubatan.

Beliau berkata, polis menerima panggilan jam 8.10 malam daripada seorang doktor hospital swasta memaklumkan menerima pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Doktor wanita di hospital itu memaklumkan yang mereka sudah cuba sedaya upaya menyelamatkan mangsa dengan memberikan bantuan pernafasan.

“Mangsa gagal diselamatkan dan dia mungkin dipercayai  sudah meninggal dunia di rumah”,  katanya ketika dihubungi, hari ini.

Manakala Ahli keluarga mengatakan bahawa dia tidak berjangkit dengan COVID-19 tetapi  mengalami tekanan tinggi kerana bebanan kerja . Autopsi mendedahkan bahawa Sasikumar meninggal dunia akibat serangan jantung.

Anuar berkata, keputusan ujian COVID-19 terhadap mangsa didapati negatif dan laporan bedah siasat menunjukkan kematian mangsa disebabkan serangan jantung.

Mendiang yang masih bujang dikatakan baharu lapan bulan berkhidmat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan berita kematiannya turut dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here