Thaipusam: Lebih 1,700 anggota polis ditugaskan di Batu Caves

Lebih 1,700 pegawai dan anggota polis ditugaskan untuk mengawal keselamatan di Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves, dekat sini sempena sambutan Thaipusam.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata anggota polis dari daerah berdekatan bersama Pasukan Gerakan Am, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta trafik ditugaskan bagi memastikan kelancaran sambutan perayaan itu.

“Polis jangka kawasan ini akan dibanjiri oleh orang awam apabila pedati berhias tiba nanti.

“Oleh itu, anggota trafik telah diatur gerak bagi mengawal keadaan lalu lintas supaya jalan tidak sesak,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Batu Caves di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here