COVID-19: KES HARIAN 19,733, LEMBAH KLANG MENCATATKAN PENURUNAN

Sebanyak 19,733 kes baru Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah terkumpul 1,900,467 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kes baru di Lembah Klang terus mencatatkan penurunan walaupun jangkitan di negeri lain agak membimbangkan.

Selangor merekodkan 2,989 kes baru manakala Kuala Lumpur 537. Sarawak buat hari ketiga berturut-turut terus merekodkan kes harian melangkaui 3,000 kes dengan 3,100 kes hari ini.

  • Sarawak – 3,100 (140,912)
  • Selangor – 2,989 (630,575)
  • Pulau Pinang – 2,474 (100,906)
  • Sabah – 2,067 (165,439)
  • Johor – 1,867 (155,500)
  • Kedah – 1,564 (112,118)
  • Kelantan – 1,471 (88,287)
  • Perak – 1,319 (77,476)
  • Terengganu – 904 (39,232)
  • Pahang – 700 (48,807)
  • Kuala Lumpur – 537 (178,157)
  • Melaka – 375 (51,588)
  • Negeri Sembilan – 256 (93,527)
  • Perlis – 74 (2,466)
  • Putrajaya – 29 (5,627)
  • Labuan – 7 (9,850)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here