Lebih ​77,000 kes perceraian telah direkodkan pandemik Covid-19

Sebanyak 77,786 kes penceraian didaftarkan di seluruh negara sejak Mac tahun lalu hingga Ogos tahun ini, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Daripada jumlah itu, seramai 66,440 kes penceraian membabitkan pasangan beragama Islam, manakala baki 10,346 adalah pasangan bukan Islam.

Perdana Menteri berkata, berdasarkan perincian kes yang dikeluarkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Selangor merekodkan kes tertinggi dalam kalangan pasangan beragama Islam dengan 12,479 kes. Ini diikuti Johor (7,558) dan Kedah (5,985). Sementara itu, bagi golongan bukan Islam, negeri Selangor mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 3160 kes, diikuti Kuala Lumpur (2893) dan Perak (1209).

Ismail berkata, demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Ahli Parlimen Tampin, Hasan Bahrom yang mahu tahu mengenai statistik perceraian masyarakat luar bandar semasa pandemik.Bagaimanapun, Ismail berkata, mahkamah tidak mempunyai statistik khusus berkenaan bilangan penceraian masyarakat luar bandar semasa pandemik. Jabatan ini tidak mempunyai pecahan statistik khusus permohonan perceraian yang melibatkan masyarakat bandar mahupun luar bandar, jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here