5 kawasan Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air dijadualkan pada 28 September

Sebanyak lima kawasan di wilayah Hulu Langat bakal berdepan gangguan bekalan air berjadual pada 28 Sept ini bermula pukul 9.00 pagi. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri dalam kenyataan berkata, ia bagi memberi laluan kepada kerja penyelenggaraan secara berjadual bagi penggantian injap.

Kerja penyelenggaraan dijadualkan bermula jam 9 malam pada tarikh berkenaan dan dijangka selesai sepenuhnya pada 29 September jam 6 pagi. Bekalan dijangka pulih secara berperingkat mengikut lokasi kawasan yang terbabit dengan gangguan berkenaan. Antara kawasan terbabit ialah Balakong, Green Park Resident, Bandar Sungai Long, Taman Bukit Palma dan Bandar Mahkota Cheras.

Air Selangor menasihatkan pengguna supaya menyimpan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan itu dan merujuk saluran rasmi syarikat berkenaan bagi mendapatkan maklumat terkini. Pengguna juga boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Air Selangor jika mempunyai sebarang pertanyaan dan memerlukan bantuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here