Perlaksanaan program sosioekonomi masyarakat India

Kuala Lumpur, Sep 12.
Cadangan kerajaan memperkasa Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) adalah bukti keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memantapkan lagi pelaksanaan program pembangunan sosioekonomi masyarakat India.

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA, Datuk R Ramanan, berkata keputusan kerajaan seperti diumum dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) hari ini adalah seiring dengan aspirasi untuk membangunkan negara yang mampan, sejahtera dan berpendapatan tinggi.

Beliau berkata dia akan mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri dalam masa terdekat untuk membincangkan beberapa perkara penting yang berkaitan pembangunan sosioekonomi untuk masyarakat India di negara ini, katanya dalam suatu kenyataan di sini.

Di bawah KSP RMK12, MITRA akan diperkasa untuk menyokong pembangunan sosioekonomi masyarakat India secara lebih terselaras sebagai usaha merapatkan jurang ketidaksamarataan pembangunan masyarakat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here