COVID-19: KES HARIAN MENINGKAT KEPADA 15,759, SARAWAK DAN JOHOR TERTINGGI

Kuala Lumpur, Sept 21-

Selepas beberapa hari kes menunjukkan trend penurunan, hari ini kes positif COVID-19 mencatatkan sedikit peningkatan dengan pertambahan 15,759 kes baharu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan kes baharu itu membawa jumlah kumulatif kes kepada angka 2,127,934.

Negeri dengan kes tertinggi masih lagi Sarawak iaitu pertambahan 3,732 kes, diikuti Johor 1,959 kes, Selangor dengan 1,934 kes, Pulau Pinang dengan 1,417 kes dan Kelantan 1,338 kes baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here