Covid-19 kes baru 10,959

Jangkitan Covid-19 terus menyaksikan trend penurunan apabila sebanyak 10,959 kes baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu berbanding lebih 13,000 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini adalah sebanyak 2,209,194 kes.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kesihatan (KMM) melalui laman media sosialnya hari ini. Daripada jumlah keseluruhan, Sarawak kekal menjadi negeri yang merekodkan jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 2,723 kes, diikuti Johor (1,226) dan Kelantan (983). Sementara itu Lembah Klang terus mencatatkan trend penurunan apabila Selangor merekodkan kurang daripada 1,000 kes iaitu sebanyak 979 kes, manakala Kuala Lumpur mencatatkan 176 kes.

BIlangan kes mengikut negeri: Sarawak (2,723),Johor (1,226),Kelantan (983),Selangor (979),Pulau Pinang (793),Sabah (751),Pahang (739),Perak (713),Terengganu (691),Kedah (660),Melaka (346),Kuala Lumpur (176),Negeri Sembilan (110),Perlis (51),Putrajaya (18),Labuan (0)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here