MAYAT KANAK-KANAK LEMAS TERJATUH LONGKANG DITEMUI

Petaling Jaya, Sept 27-

Mayat mangsa lemas membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang terjatuh ke dalam longkang di Kampung Baru Hicom, Shah Alam, berjaya ditemui pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, mayat Siti Aishah Supardi ditemui oleh penduduk kampung di bahagian dasar longkang pada 8.42 pagi.

“Mayat kanak-kanak itu ditemui kira-kira 15 meter dari lokasi dia terjatuh semalam dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan menurut laporan Berita Harian.

Dalam kejadian kira-kira 6.18 petang semalam, mangsa dikhuatiri hanyut dibawa arus deras selepas jatuh tergelincir ke dalam longkang berkenaan.

Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) kemudiannya dikejarkan ke lokasi untuk melakukan operasi mencari mangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here