COVID -19: 11,332 KES, SARAWAK KEKAL TERTINGGI

Petaling Jaya, Sept 28-

Kementerian Kesihatan melaporkan 11,332 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,220,526 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,358 kes.

Ia diikuti Johor dengan 1,319 kes, Selangor (1,231), Kelantan (1,088), Sabah (965), Pulau Pinang (895), Kedah (819), Perak (678), Pahang (677), Terengganu (629), Melaka (303), Kuala Lumpur (240), Negeri Sembilan (89), Putrajaya (19), Perlis (19) serta Labuan (3).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here