KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA DAN SELANGOR BERALIH DARI FASA 2 KEPADA FASA 3

Kuala Lumpur, Sept 30-

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik tadi, bersetuju membenarkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Lembah Klang, Melaka dan Kedah berkuat kuasa 1 Oktober.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga pengerusi jawatankuasa khas berkenaan memaklumkan, Lembah Klang membabitkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor serta Melaka beralih dari Fasa 2 kepada Fasa 3 manakala Kedah beralih dari Fasa 1 kepada Fasa 2.

“Berdasarkan keputusan yang membenarkan peralihan Fasa 1 bagi negeri Kedah, ini bermakna tiada lagi negeri berada di Fasa 1 di seluruh negara.

“Peralihan fasa ini dibuat selepas mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Beliau mengucapkan penghargaan kepada seluruh Keluarga Malaysia khususnya kerajaan negeri yang bertungkus-lumus menguruskan situasi pandemik di negeri masing-masing.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 2, 3 dan 4 adalah sama dengan sebelum ini,” katanya.

Keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here