Kuala Selangor,Jan-
Punca tiga kenderaan terbakar dalam kemalangan yang menyebabkan empat tercedera disebabkan tindakan sebuah kenderaan cuba memotong lori tangki di Kilometer 49.5 Jalan Klang-Teluk Intan berdekatan Pasir Penambang di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 2.20 petang.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian kira-kira jam 2 petang berlaku semasa pemandu lori tangki dari arah Tanjong Karang menuju ke arah Klang.
“Sebaik lori tangki tiba di lokasi kejadian, sebuah kenderaan yang nombor pendaftaran kenderaan tidak pasti tiba-tiba datang dari lorong kanan cuba memotong dan memasuki laluan lori berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.





















