8,817 kes baru, 3 negeri masih empat angka

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 8,817 kes Covid-19 baru, menjadikan jangkitan kumulatif kini 2,294,457. Negeri di Semenanjung menyumbang 6,648 kes baru atau 75.4 peratus sementara negeri di Borneo (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan) menyumbang 2,169 daripada jangkitan baru atau 24.6 peratus.

Di Semenanjung Malaysia, Lembah Klang menyumbang 1,588 atau 23.9 peratus jangkitan baru sementara selebihnya 5,060 kes atau 76.1 peratus berasal dari negeri-negeri lain di Semenanjung. Sarawak menyumbang kes harian tertinggi dengan 1,361 jangkitan baru.

Pulau Pinang, Perak dan Terengganu mencatat jangkitan baru terendah dalam tempoh lebih dua bulan. Maklumat kes aktif dan kematian yang dilaporkan hari ini hanya akan dikongsi KKM selepas tengah malam.

Kes baru berdasarkan negeri: Sarawak (1,361), Selangor (1,348), Kelantan (1,063),  Johor (886), Sabah (805),Pahang (696),Pulau Pinang (595),Kedah (576),Perak (473),Terengganu (356),Melaka (246),Kuala Lumpur (217), Negeri Sembilan (122), Perlis (47),Putrajaya (23)
Labuan (3)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here