Lelaki dipercayai terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang ditemui lemas

Georgetown: Mayat lelaki yang ditemukan terapung berhampiran Jeti Swettenham Pier, di sini, hari ini disahkan sebagai individu yang dipercayai terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, Khamis lalu. Mayat mangsa ditemukan orang awam pada 9.30 pagi berhampiran jeti berkenaan.

Pengarah Maritim Pulau Pinang Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengatur bot Kilat 26 ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan. Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban selepas ditemukan.

Turut terbabit dalam operasi berkenaan ialah pasukan Polis Marin Batu Uban dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang. Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2.5 arah Georgetown menghala ke Seberang Perai, Khamis lalu. Mangsa turut meninggalkan motosikal di atas jambatan bersama nota mengandungi butiran nama mangsa, K Subash berusia 24 tahun yang beralamat di Pangsapuri Kejora Teluk Kumbar, di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here