Meninggal selepas dos kedua vaksin campuran

Bangkok: Siasatan dilakukan terhadap kematian seorang lelaki berusia 39 tahun selepas seminggu menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 menggunakan jenis vaksin berbeza.

Supoj Prasarnchue dari daerah Bua Yai meninggal dunia pada 7 Oktober lalu di hospital. Dia menerima dos pertama dari vaksin Sinovac pada 30 Ogos. Pada 30 September, dia mendapat suntikan dos kedua dari vaksin AstraZeneca. Selepas menerima dos kedua, dia kemudiannya mengalami sakit kepala dan demam.

Ketua Kesihatan Awam Nakhon Ratchasima, Dr Narinrat Phitchayakhamin berkata, dia telah mengarahkan pegawai kesihatan daerah dan Hospital Bua Yai untuk menjalankan siasatan ke atas kematian mangsa. Katanya, ia mungkin mengambil masa tiga hingga empat minggu.

Keluarga mangsa akan menerima pampasan. Ia adalah sebahagian polisi kementerian untuk memberikan pampasan kepada keluarga sekiranya berlaku kematian dalam tempoh tiga minggu selepas menerima vaksin Covid-19 katanya. Katanya, pampasan berjumlah 400,000 baht (kira-kira RM50,000) akan diserahkan kepada keluarga mangsa minggu ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here