Lebih 22 juta populasi dewasa lengkap vaksin Covid-19

Kuala Lumpur: Sebanyak 22,013,263 atau 94 peratus populasi dewasa di negara ini sudah lengkap dos vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW. Dalam tempoh sama, 97.2 peratus atau 22,764,203 individu populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 1,039,689 atau 33 peratus individu telah lengkap vaksin manakala 79.1 peratus atau 2,491,822 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula 8 Sept lalu. Dalam pada itu, sejumlah 1,365 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 32,121.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here